CABARAN IR 4.0

3 CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA DAN SEKTOR KERAJAAN MALAYSIA

3.1     KEKURANGAN TENAGA MAHIR ATAU PAKAR

Usaha bagi melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar kerana memerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu tinggi.

Apabila ingin mengimplementasi sesuatu revolusi baru tentunya kepakaran diperlukan bagi memastikan aplikasi revolusi itu berjalan lancar. Dalam kes latihan yang komprehensif perlu digiatkan bagi melahirkan tenaga pakar dan mahir untuk menguasai revolusi itu. Hal itu akan melibatkan kos dan masa yang boleh menrencatkan implementasinya ke dalam industri.

3.2     ANCAMAN KESELAMATAN SIBER

Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini. Pengenalan Internet Pelbagai Benda (INTERNET OF THINGS, IOT) yang mengintegrasikan antara sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian termasuklah ancaman penggodam dan penjenayah siber.

Industri animasi sentiasa berhadapan dengan plagitrisme atau cetak rompak sejak dulu lagi. Ditambah pula dengan revolusi baru ini seperti (IOT) yang memungkinkan penggodam tidak bertangguggjawab melakukan kecurian data-data filem animasi didalam persekitaran virtual. Kemudian dengan wujudnya pelbagai platform pasaran baru seperti non-fungible token (NFT), Tik Tok dan streaming yang berintegrasikan dengan sistem persekitaran virtual membuka lebih banyak kelemahan didalam jaringan digital.

3.3     KESUKARAN PENYELARASAN ORGANISASI

Semua jenis perniagaan terutama berkaitan dengan sektor automasi, pembuatan dan digital harus memiliki strategi digital yang matang untuk beroperasi dengan baik seperti yang dilakukan oleh syarikat Tesla pada hari ini. Menjelang tahun 2020, kebanyakan perniagaan akan beroperasi dalam ekosistem kontrak secara pintar yang diurus dan dilaksanakan secara sendiri tanpa bantuan manusia.

Aspek penyelarasan terhadap sesuatu revolusi itu pastinya mengambil masa yang panjang. Mereka perlu meneroka sesuatu yang baru dalam masa yang sama perlu. Menyusun semula organisasi produksi agar dapat selari dengan revolusi yang berlaku.

Comments

Popular Posts