POST #4
DEFINISI INDUSTRI 4.0
Umumnya, tidak terdapat definisi sebenar mengenai
revolusi industri 4.0 kerana terdapat pelbagai terjemahan istilah dalam
literatur yang berbeza. Sebahagian definisi yang diesktrakkan daripada beberapa
literatur adalah seperti dalam jadual 1.0.
Merujuk pada jadual di bawah, terdapat perbezaan perspektif terhadap revolusi industri 4.0 dari setiap penulis. Oleh itu, masih tidak ada definisi tetap untuk menentukan maksud revolusi industri 4.0.
No |
Penulis |
Definisi |
1 |
Cheah
(2007) |
Revolusi
industri 4.0 dalam industri pembinaan adalah perubahan daripada tenaga kerja
sepenuhnya kepada penggunaan teknologi dalam melakukan tugasan bagi
menggantikan kebergantungan tenaga buruh kepada mesin secara menyeluruh |
2 |
Henning
dan Johannes, (2013) |
Revolusi
industri 4.0 merupakan tahap baru bagi nilai rantaian organisasi dan
pengurusan yang merentasi kitaran hayat produk. |
3 |
Herman
et al, (2015) |
Revolusi
industri 4.0 merujuk kepada teknologi dan konsep nilai rantaian organisasi. |
4 |
Zhou
et al (2015) |
Revolusi
industri 4.0 adalah kemunculan yang diketuai oleh teknologi yang bercirikan
sistem siber-fizikal untuk menyatupadukan dunia sebenar dengan zaman
bermaklumat untuk pembangunan akan datang. |
5 |
Consortium
II, (2015); Lu, (2017) |
Revolusi
industri 4.0 adalah penyepaduan diantara mesin fizikal yang kompleks dan
peranti serta disambungkan dengan rangkaian sensor dan perisian. Hal ini
digunakan bagi meramalkan, mengawal dan merancang untuk sesuatu yang lebih
baik. |
6 |
Oesterreich
& Teuteberg, (2016) |
Revolusi
industri 4.0 merupakan trend untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat
dan automasi dalam sektor pembuatan. |
7 |
Keong,
(2017) |
Revolusi
industri 4.0 adalah mesin yang dapat menghantar, menerima dan bertindak
mengikut arahan yang disambungkan kepada sistem melalui rangkaian komunikasi
yang membolehkan ianya berinteraksi dengan mesin lain serta manusia untuk
menghasilkan produk atau barangan. |
8 |
Schwab,
(2017) |
Revolusi
industri 4.0 merupakan perubahan yang dipacu oleh tiga domainan teknologi
utama iaitu fizikal, digital dan biologikal. |
Comments
Post a Comment