POST #2

PENGENALAN INDUSTRI 4.0

Industri 4.0 membolehkan sektor pembuatan menjadi digital dengan peranti penderiaan terbina secara maya dalam semua komponen pembuatan, produk dan peralatan. Menganalisis data berkaitan dalam sistem di mana-mana dengan gabungan data digital dan objek fizikal mempunyai keupayaan untuk mengubah setiap sektor perindustrian di dunia untuk berkembang dengan lebih pantas dan dengan impak yang lebih besar daripada mana-mana tiga revolusi perindustrian sebelumnya iaitu Industri 1.0, 2.0 dan 3.0 (Mrugalka & Wyrwicka, 2017). Oleh itu, Industri 4.0 adalah isu kontemporari yang melibatkan pengeluaran perindustrian hari ini secara keseluruhan dan bertujuan untuk merevolusikannya. 

Pada tahun 2011, Jerman memperkenalkan Industri 4.0 di acara Hannover Fair, melambangkan kemunculan era revolusi perindustrian yang serba baharu. Apabila idea itu mula-mula dicetuskan, usaha meluas telah dilakukan oleh penyelidik dan syarikat pembuatan Eropah untuk menerimanya. Minat mereka dalam projek atau konsep ini adalah disebabkan oleh fakta bahawa di bawah Industri 4.0, pengeluaran akan menjadi lebih cekap dan lebih murah. Ini dicapai dengan pertukaran maklumat yang mudah dan kawalan bersepadu bagi produk pembuatan dan mesin yang bertindak serentak dan bijak dalam saling kendali (Qin, Liu &Grosvenor, 2016). Walau bagaimanapun, penyelidik yang berbeza mempunyai persepsi yang berbeza terhadap maksud sebenar Industri 4.0.


Industri telah melalui tiga transformasi teknologi terdahulu, bermula kuasa penguapan, tenaga elektrik, teknologi maklumat dan kini dunia telah memasuki era teknologi baru. Revolusi industri keempat diperkenalkan pada tahun 2011 dan dibangunkan oleh warga Jerman iaitu Klaus Schwab yang merupakan pengasas dan pengerusi esekutif Forum Ekonomi Dunia. Istilah ini dicipta ketika di Pameran Hannover untuk mengambarkan bagaimana untuk merevolusikan organisasi pada nilai rantaian global (Schwab, 2017). Menurut Kagermann, Wahlster, & Helbig (2013) istilah revolusi industri keempat adalah sebagai salah satu inisiatif utama strategi berteknologi tinggi untuk tahun 2020.

Zhou, Liu, & Zhou (2015) turut berkata revolusi industri keempat merupakan revolusi perindustrian baru yang akan mempunyai pengaruh yang besar terhadap industri antarabangsa. Justeru itu, revolusi industri keempat akan menjadi fenomena dan kesannya keatas seluruh dunia. Menurut Kagermann, Lukas, & Wahlster (2011), revolusi ini adalah sebagai pendekatan untuk mengukuhkan daya saing. Oleh itu, revolusi industri 4.0 telah diperkenalkan sebagai trend kearah pendigitalan dan automasi dalam senario industri global (Oesterreich & Teuteberg, 2016). Seterusnya, revolusi ini akan mengabungkan automasi pendigitalan, dimana sambungan ini merupakan teras dalam memacu revolusi industri 4.0.


Comments